CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 22, 2009

Mari mengenal abjad...





Cartoons Myspace Comments

Hai adik-adik...
Hari ini kita akan mengenal abjad bersama-sama.


  • A a (klik di sini)
Jom kita tengok huruf A di sekeliling kita ya adik-adik. :)








A untuk ayam. Mari kita mewarna ayam.. (klik di sini)

  • B b (klik di sini)
Adik-adik...sekarang kita akan melihat huruf B pula.
Haa..kita dah jumpa huruf B yang kita cari adik-adik.. Hooreyy!! :)








B untuk bintang. Jom kita buat bintang. (klik di sini)

  • C c (klik di sini)

Sekarang kita melihat huruf C pula..

Haa..itu pun huruf C yang kita cari.Tahniah adik-adik.. :)

C untuk cendawan. Mari kita belajar cara-cara untuk membuat cendawan (klik di sini) pula..

Wednesday, January 21, 2009

Upin dan Ipin :)


Kucing saya

Guitar Kitten

Ini kucing.
Ini kucing saya.
Kucing saya bernama Bobo.
Bobo sangat comel dan pandai.
Bobo pandai bermain gitar.
Hari-hari Bobo main gitar.
Saya sayang Bobo.

Thursday, January 15, 2009

MASA UNTUK MENONTON...


The Rich Morning Show / SHOW 2 from GymGlish on Vimeo.

Tuesday, January 13, 2009

PENGALAMAN YANG BERMAKNA BAGI KANAK-KANAK

Dalam hidup, manusia melalui semua peringkat sekali sahaja. Dunia kanak-kanak sekali, alam remaja sekali, dewasa sekali dan kalau panjang umur, tua pun sekali. Habis satu putaran, kembalilah kita kepada yang Maha Pencipta. Sebagai orang dewasa, telah banyak rencah kehidupan yang kita lalui. Banyak pengalaman semasa kecil yang bersisa di ingatan...


Ramai yang masih mampu mengimbas kembali zaman awal dunia persekolahan iaitu di peringkat tadika. Walaupun pembelajaran tadika telah melalui perkembangan yang pesat, namun matlamatnya tidak banyak berubah. Jika ada yang diubah pun, ia setakat mengikut kesesuaian masa. Bagaimanakah bentuk aktiviti yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak supaya mereka berpeluang merasai nikmat hidup di zaman kanak-kanak? Dalam erti kata lain, memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk merasai satu pengalaman yang bermakna tidak kira dalam apa jua aktiviti yang dilakukan sekalipun.





  • Pengalaman Awal Semasa Bayi

Mengikut beberapa teori dan kajian oleh pakar bidang ini, kanak-kanak sebebnarnya telah dan dapat mempelajari sesuatu semasa dalam rahim ibunya lagi. Satu bentuk hubungan yang terlalu istimewa antara ibu dan bayi dalam kandungan amat sukar untuk dikupas dan hanya mereka yang telah bergelar ibu sahaja yang dapat merasai kebenarannya. Mereka dapat berinteraksi antara sati sama lain dalam bahasa yang tidak dapat difahami oleh orang lain. Begitulah istimewanya kurniaan Allah kepada manusia. Justeru, semasa masih dalam peringkat mengandung, ibu perlu menjaga tatatertib supaya anak dalam kandungan turut tertib apabila lahir dan membesar nanti.



Bayi dalam kandungan dikatakan mempu bertindak balas apabila diberikan rangsangan kepadanya dari luar. Contohnya, apabila dilekapkan muzik ke perut ibunya. Bayi dikatakan menunjukkan tindak balas kepada rangsangan tersebut. Sejauh mana kebenarannya? Itulah antara eksperimen yang telah dilakukan oleh golongan pengkaji profesional dalam bidang ini.


Situasi dan rangsangan inilah merupakan satu pengalaman terawal yang telah dilalui oleh seorang manusia. Satu pengalaman yang pastinya amat bermakna dalam hidup walaupun tidak dapat diceritakan kembali kepada orang lain apabila mampu berkata-kata. Namun bagaimana pula halnya dengan kanak-kanak tadika? Sama-samalah kita fikirkannya..





  • Kinder Picnic

Mungkin bagi sesetengah keluarga, mengunjungi tempat-tempat perkelahan bersama anak-anak telah menjadi satu kebiasaan kepada mereka. Sesekali, berilah peluang kepada anak-anak anda untuk berkelah bersama rakan-rakan dan guru pula. Kadang kala, kanak-kanak memerlukan ruang untuk bersama rakan dan guru tanpa kehadiran keluarga terdekat terutama ibu dan ayah. Namun, bagi kanak-kanak yang manja dan tidak boleh berjauhan lama dengan ibu bapa harus diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan diri. Beri mereka ruang untuk turut merasai pengalaman yang berbeza.


Pastinya berjauhan dengan ibu bapa dan melakukan aktiviti bersama rakan-rakan dan guru mampu memberikan mereka aura dan suatu pengalaman yang berbeza dan amat bermakna dalam hidup mereka. Bayangkan mereka duduk dalam satu bulatan besar, makanan terhidang di tengah, gelak tawa diselang seli dengan bunyi unggas di persekitaran, guru-guru yang setia melayani kerenah dan pelbagai situasi menarik yang akan dapat dialami oleh mereka.





  • Melawat Tempat menarik


Membuat lawatan ke tempat terpilih juga merupakan satu aktiviti yang sering dianjurkan olej pihak tadika. Biasanya lokasi yang dikunjungi adalah bersesuaian dengan usia kanak-kanak dan mempunyai matlamat serta objektif tang tertentu. Bagi sesetengah kanak-kanak, peluang menaiki bas bersama rakan-rakan dan guru pun merupakan satu pengalaman menarik yang amat bermakna bagi mereka. Belum lagi diambil kira berjalan beriringan sambil berpegang tangan dengan rakan-rakan. Apatah lagi jika pengalaman yang dikutip itu mampu memberikan satu makna yang tersendiri kepada mereka sepanjang sesi persekolahan di tadika.



Di sinilah peranan, sokongan dan kerjasama yang sepatutnya diberikan oleh ibu bapa kepada sekolah. Tanpa peranan dan sokongan ibu bapa, pasti kanak-kanak tidak dapat memperoleh apa yang sepatutnya mereka kecapi. Inilah yang memerlukan pemahaman da kerjasama yang erat antara pihak tadika dan ibu bapa. Berilah peluang kepada untuk belajar meneroka dunia mereka sendiri.






  • Pembelajaran dan Permainan Bermakna

Sebenarnya, aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan permainan di luar kelas yang dilakukan setiap hari persekolahan juga mampu memberikan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak. Bagi si kecil, apa sahaja aktiviti yang dilakukan yang dirasakan seronok untuk diteruskan adalah sesuatu yang bermakna.



Aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang kreatif mampu menimbulkan minat yang berbeza dalam diri kanak-kanak. Mereka tidak boleh duduk di kerusi dan menerima maklumat tanpa apa-apa aktiviti sokongan yang boleh merangsang kebolehan dan tindak balas mereka yang sebenar. Guru-guru perlu peka dengan situasi ini dan cuba untuk menarik perhatian mereka dengan melakukan aktiviti tambahan yang bersesuaian. Begitu juga dalam permainan. Memang tidak dapat dinafikan, asal dibawa ke padang untuk bermain, kanak-kanak pasti gembira dan tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kebolehan masing-masing.



Malah menurut Dr. Maria Montessori, seorang pakar dalam bidang kajian pendidikan kanak-kanak, bermain adalah satu pekerjaan kepada kanak-kanak. Justeru, bantulah kanak-kanak untuk meneroka dunia mereka semaksimum boleh agar zaman kanak-kanak tidak akan berlalu begitu sahaja. Kata pujangga, dunia kanak-kanak amat menarik, penuh warna-warni, menyeronokkan dan bebas dari masalah dunia. Setiap kanak-kanak harus berpeluang merasai semua nikmat tersebut kerana itu adalah hak mereka yang perlu ditunaikan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai orang dewasa terutama ibu bapa dan guru untuk membantu menyempurnakan hak tersebut. Sama-samalah kita berganding bahu dalam usaha merealisasikan impian murni tersebut. Amin... :)















Thursday, January 8, 2009

apa nk jadi??